Monday, January 31, 2011

Nasi Ambeng @ Ambang??

Nasi Ambeng??saya memang xpernah makan fully nasi ambeng sebelum ini.. Nasi Ambeng ni masakan Jawa kan? Bila saya try 1 bungkus, makan breakfast plak tu, wah...mewah nye makan!nasi penuh,lauk,mak aiii...penuh 1 bungkus.memg dahsat pemakanan org2 yg gemarkan nasi Ambeng ni yek?huhu..

Rupa2nya,nasi ambang atau disebut nasi ambeng boleh dianggap antara menu masyarakat Jawa paling popular. Ia hidangan nasi mengandungi pelbagai lauk seperti ayam goreng atau masak kicap, ikan kering, sambal goreng, mi atau bihun goreng, serunding kelapa dan tempe goreng. memglah mewah!

So, alkisahnya saya dapat juga merasa nasi ambeng ni disebabkan kakak ipor saya yg telah berhijrah dr melaka ke bandar baru bangi, telah mendapat job utk menjual nasi ambeng ni di warung persekitaran rumahnya di Seksyen 7, BBB, Selangor..

**Kepada yang berhajat untuk menempah boleh la menghubungi saya di blog ini ataupun PM trus to Aelia Muadi (di Facebook beliau!!) Penghantaran bagi 30 bungkus ke atas ~~keutamaan untuk kawasan persekitaran New Town of Bangi!!! ;)

Wednesday, January 26, 2011

Pembangunan Modal Insan; Kecemerlangan Penjawat Awam di Sisi Islam

"Sharing is caring"

Date :24 Januari 2011
Time:8.30am-4.30pm

Kelmarin saya pergi ke kursus yang berdekatan dengan office.. .orang pejabat yang letak nama..dekat,seberang jalan ajer..
Mula2 ingatkan kursus, rupa- rupanya dah macam Ceramah Agama.. Alhamdulillah... Kuasa Allah sungguh!
dapatla saya menambahkan ilmu pengetahuan ,membuka minda yang dah lama basi ni..huhu

Penceramah ni sebenarnya, saya memg tak kenal..nama nya Ustaz Mohd Zamri Shapik..bila saya search di internet awal pagi tadi, rupa2nya ustaz ni Pengerusi PUMSEL (Persatuan Ulama' Malaysia, Cawangan Selangor)!! pernah masuk Astro Awani,glamer juga la ustaz rupanya.. kepada sesiapa yang tak pernah tau kewujudan PUMSEL ni, ini link website nye ----> http://www.pumselangor.org/

Tajuk kursus ni Kecemerlangan Penjawat Awam di Sisi Islam...memang seronok dan dapat mentarbiah kan diri bila menghadiri kursus2/ceramah macam ini..... :)

bab pertama nya :Soul Searching..
maksudnya; mencari kekuatan dalaman dan berfikir dengan hati nurani...
kekuatan dalaman perlulah seiring dgn kekuatan kerohanian...

Seterusnya, adalah bab berkenaan stress, integriti dan Dahlil..
Di antara dahlil2nya;
1. Surah Al-Taubah:105~~Amalan; amalan yang paling baik adalah amalan yg 'ikhlas'
2. surah Anfal:27~~Khianat Vs Integriti
3. Surah Al- Qashas:26 ~~individu cemerlang

Sesi belah petang nya pulak,waduh...memg mengancam dan meruntun jiwe...huhu..sampai ada yg nangis2..cume guling2 tu xderla kan? :P disebabkan dah namenye pun sesi petg,dia takde la dok ceramah jer..tapi diselitkan dengan selingan video,hayati lirik, berdoa keampunan dan sesi berpelukan sesama teman(sesama jantina jer yerk!) sob sob...memg xtahan...huhu

Intipati kursus @ala2 ceramah ini sebenarnya adalah dalam usaha untuk meningktkan integriti kita semua tak kiralah di mana jua kita berada...Kerja mesti ikhlas,jgn asik ingat habuan, rasuah, duit lebih dan macam2 lagi..program seumpama ini sebenarnya amat baik untuk diikuti dan diamalkan selalu ..manusia kan mudah lupa... :0

to be continued.... ;)

Friday, January 21, 2011

Tawakal

Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah SWT setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha..

Allah SWT berfirman:

Maksudnya; Apabila kamu berazam, (bermaksud mengerjakan sesuatu) maka bertawakallah pd Allah
~~Surah Ali 'Imran:159~~

Firman Allah SWT:

Maksudnya: (iaitu) Orang (yang mentaati Allah dan rasul) yg kpd mereka ada org yg mengatakan: "Sesungguhnya orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan utk menyerang kamu, Kerana itu takutlah kpd mereka", Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik- baik Pelindung."
~~Surah Ali'Imran:173~~

Tuesday, January 18, 2011

Ringkasan 2010

Dalam diam tak diam..kita telah pun melangkah ke tahun 2011... Oleh yang demikian,setiap kerja kita pada tahun 2010 perlu la disummarizekan.... Disebabkan la saya ni masuk unit ini pada 1 JUN 2010, terpaksa la saya korek segala macam fail dan backup emel yang ada untuk di summary kan (utk date before June 10 shj memandangkan after Jun 10, memg saya dah buat summary awal2!!bijak tak saya?? hihi). Punyala pening kepala sbb dah lar buat sorg2...huis,paham xpaham, terpaksalah daku memahamkan...uuuwaaaa...

Akhirnya, dengan penuh keazaman yang mantap...akhirnya hari ini saya telah berjaya...yeay!!telah mencapai progress 99.9%!!!wah, setelah mengalami down  yg teramat tensen, hari ini tingl utk print dan submit...haaaaaa....lega..

Oleh yang demikian, ingin saya share bersama rakan2 semua..buat kerja tu biarlah sistematik, teratur dan berdisiplin...jika tidak , kita pasti akan merana terkontang- kanting kelak...Ambil sebagai ikhtibar, dan jdikan pengajaran..

Monday, January 17, 2011

First time blogger!

Wah..I'm so proud of myself...bcoz now, I've my own Blog! ;) sungguh ku tidak percaya...
Akhirnya apa yang ku idam2kan akhirnya terlaksana jua.. tanggal 17 Januari 2011, terciptanya sellapeez blogspot..ini semua gara- gara new projects coming soon.....Alhamdulillah...