lepas jer kuar bilik tuan besar, saya cuba la mengecheck ngan technician yg kebetulan ada d depan saya waktu tuh... (kakak ni dalm umur 30 lebih gak lah..) dia pikir2 dulu, tpi tetibe ada Mr. S nih dah tolong jawab.."mempastikan!!!confirm!" eh eh...cepat tol pakcik ni jawab erk?? Mr. S ni ada sulung dia dah 20 an la (tak tanya plak umur dia brapa.. haha).. lepas abis berfikir, akak tadi tu pun jawabla.."eh,betul ke?memastikan lah!!" then, ape lagi...pong pang pong pang !(sesi bertengkar mulut hihi!) lastly, bile soalan terakhir akak ni keluar baru Mr. S tersenyap... soklan cepu emas akak nih tau ape?....jeng3!!!! """Kalau macam tu, memuaskan jadik MEMPUASKAN??"""hahahaha..syok jer aku mendengar nye..hihi
So, disebabkan tuan besar nak tahu, mestilah kita kena bagi sesuatu yg pasti kan?kang dia tanya mana awak check?takkan saya nak jawab macm ayat kakak tu tadi kot?ish3..mau naya saya dibuatnye karang!huhu
waktu2 kelapangan saya pun check la di internet..jumpa website DBP dan di link ini lah saya buat carian untuk perkataan tersebut (http://prpm.dbp.gov.my/Default.aspx) dan terpampanglah jawapan yg konkrit (eh?) di situ.... Mari kita share bersama..
|
pastu hari ni saya jumpa tuan besar dan teringat lah pasal benda tu, dan terus dimaklumkan pada tuan besar nih.. 'boss, saya dah chek...bla bla bla...' tuan besar saya jawab,owh yek??ok.. " bila saya nak blah tu, tetibe..."eh, skrg ni kan org guna baharu tau, bukan baru....cuba awak check tengok?" hah???aduih!!macam2 lah tuan besar aku nih!ingat aku cop kamus ker?adeh! saya dah search dan ini jawapan nyer...saya belum bagitau tuan besar lagi..malas...tgula,minggu depan ke baru bagitau...hahaahahahah.... mari kita saksikan jawapannya....
| Soalan | Jawapan | ||
|---|---|---|---|
| Kepada yang berkenaan, Sebagai pelajar, saya keliru dengan penggunaan perkataan "baru" dan "baharu". Terdapat guru yang memberitahu bahawa perkataan "baru" tidak lagi digunakan. Harap pihak tuan/puan dapat membantu saya mengatasi kekliruan ini. Terima Kasih. | Baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. | ||
| Saya terasa keliru dengan penggunaan perkataan "baru" dengan "baharu" di mana pada Sambutan Tahun Baru Cina Tahun ini saya mendapati iklan di televisyen menggunakan ayat "Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina". Adakah perkataan "baharu" sudahpun menggantikan perkataan "baru"? Terima kasih. | Kata baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam tahun baru/baharu cina, rumah baru/baharu. Kata baharu bukan menggantikan kata baru tetapi ialah variasi kepada kata tersebut. Kata baru sebagai kata bantu seperti dalam baru tiba,baru-baru ini. |
Renung-renungkan lah dan selamat berAmal.... ;)
p/s: agak2 beza bebenor ke perkataan2 Bahasa Malaysia di waktu persekolahan 60an~70an yerk?huhu